BAHASA MELAYU
RateBase.my dikendalikan oleh Rate Base Technologies (202603309887 (JR0198268-T)), 69-3 Blok E, Platinum Walk, Jalan Langkawi, 55300 Kuala Lumpur.
Penghantaran
- Semua hasil kerja ialah fail digital (PDF dan Excel), dihantar melalui emel ke alamat yang anda beri. Tiada barang fizikal dan tiada caj penghantaran.
- Laporan Awal (percuma): biasanya dalam 1 hari bekerja selepas kami menerima dokumen tender anda, paling lewat 2 hari bekerja.
- Pakej berbayar: siap dalam bilangan hari bekerja yang dinyatakan dalam Laporan Awal dan invois, dikira selepas bayaran diterima.
- Jika emel tidak sampai, semak folder spam, kemudian hubungi [email protected] dan kami hantar semula.
Bayaran balik
- Tiada bayaran sebelum anda menerima Laporan Awal.
- Jika kami tidak dapat menghantar sebelum tarikh siap yang dijanjikan, bayaran dikembalikan sepenuhnya.
- Kesilapan dari pihak kami yang dilaporkan dalam 3 hari bekerja selepas penghantaran dibetulkan percuma.
- Adendum yang dikeluarkan selepas penghantaran: item yang berubah dihargakan semula tanpa caj, dalam 2 hari bekerja.
- Tiada bayaran balik selepas penghantaran, kerana hasil kerja ialah fail digital yang disediakan khas untuk tender anda.
Cara memohon bayaran balik
Emel [email protected] dengan nombor invois anda. Bayaran balik yang layak dibuat ke akaun atau kaedah bayaran asal dalam 14 hari selepas diluluskan.
Terma penuh: terma perkhidmatan.
ENGLISH
Refund and delivery policy
RateBase.my is operated by Rate Base Technologies (202603309887 (JR0198268-T)), 69-3 Blok E, Platinum Walk, Jalan Langkawi, 55300 Kuala Lumpur.
Delivery
- All work is delivered as digital files (PDF and Excel) by e-mail. There are no physical goods and no shipping charges.
- Laporan Awal (free): usually within 1 working day of receiving your tender documents, at most 2.
- Paid packages: delivered within the number of working days stated in the Laporan Awal and invoice, counted from receipt of payment.
Refunds
- No payment is taken before you receive the Laporan Awal.
- If we cannot deliver by the promised date, you get a full refund.
- Errors on our side reported within 3 working days of delivery are corrected free.
- No refunds after delivery, as the work is a digital file prepared for your tender.
To request a refund, e-mail [email protected] with your invoice number. Approved refunds go back to the original payment method within 14 days.